MAJLIS PERJUMPAAN WARGA KULLIAH BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PUSAT KUTIPAN ZAKAT & WAKAF PAHANG
Telah berlangsung Majlis Perjumpaan Warga Kulliah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang, Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, yang menghimpunkan barisan pengurusan, warga pendidik serta para pelajar dalam satu sesi perkongsian yang penuh bermakna.
Majlis ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik, meningkatkan kefahaman berkaitan peranan zakat dan wakaf dalam menyokong pembangunan pendidikan, serta menyemai kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan warga kulliah.
Diharapkan majlis ini dapat memberi manfaat berterusan dan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat demi memperkasa institusi pendidikan Islam di Negeri Pahang.

0 komen