MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2026 DAN LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG
Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah diadakan pada Isnin, 19 Januari 2026 bertempat di Kulliah Al‑Lughah Waddin As‑Sultan Abu Bakar, melibatkan semua sekolah menengah agama negeri Pahang. Lafaz ikrar telah dilaungkan oleh Pengarah JAIP, YH Dato’ Ahmad Khirrizal bin Ab. Rahman, dan diikuti oleh semua Pengetua serta guru. Majlis ini bertujuan menyampaikan amanat Tahun Baharu, menanam dan memperkukuh kesedaran integriti dalam kalangan warga sekolah, memupuk semangat bebas rasuah, mengiktiraf penglibatan aktif semua guru dan pelajar, serta memperkukuh nilai sahsiah unggul dan semangat kerjasama di peringkat sekolah menengah agama negeri Pahang.

0 komen