Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MESYUARAT MASISUPA ZON 1

24 Januari 2018 .... Rompin ... Bahang Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama (MASISUPA) telah bermula di seluruh sekolah agama. Mesyuarat perancangan pelaksanaan MASISUPA bagi Zon 1 telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Rompin. Sek Men Agama Rompin akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut. Zon 1 terdiri daripada SMA Rompin, SMA Bukit Ibam, SMA al-Attas, Kulliah Sultan Abu Bakar, SMATAF dan SMA Ganchong. Semua peserta akan bertanding di dalam pertandingan sukan dan ilmiah. Pemenang peringkat zon akan dipilih mewakili zon ke MASISUPA Pusat yang akan diadakan pada bulan Mac di SMA al-Maidah ad-Diniah Padang Tengku, Kuala Lipis.

Tag: MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini