Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

TAKLIMAT PEMBANGUNAN KULLIAH KEPADA YB PENGURUSI JAWATANKUASA DAKWAH ISLAMIAH DAN TUGAS KHAS NEGERI PAHANG

27 Februari ... Pekan ... Satu Taklimat Khas Kepada Pengerusi Dakwah Islamiah & Tugas Khas Negeri Pahang YB Dato' Syed Ibrahim bin Syed Ahmad telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan. Taklimat berkaitan pembangunan Kulliah dan keperluan untuk penambahan infrastruktur disampaikan oleh Tuan Pengetua, Encik Mohammad bin Ab Rahman.

Turut hadir di dalam taklimat tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Yh. Dato' Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Timbalan Pengrah JAIP, Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz, KPP Bahagian Pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar bin Mad Saad serta wakil JKR Negeri Pahang. Taklimat tersebut bertujuan untuk merancang pelan pembangunan Kulliah pada masa akan dating.

Tag: Taklimat Pembangunan Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini