Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MAJLIS ANUGERAH PEPERIKSAAN

Baru-baru ini, telah berlangsung majlis penyampaian hadiah sempena kejayaan  pelajar di dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lepas.  Seramai lebih kurang 50 orang pelajar telah diberikan amugerah di dalam peperiksaan masing-masing.  Penerima anugerah merangkumi pelajar tingkatan empat, lima dan enam. Adalah diharapkan anugerah sebegini akan menjadi pemangkin dan motivasi kepada pelajarar terlibat khususnya dan pelajar lain amnya untuk terus berusaha sedaya upaya bagi memperbaiki prestasi dalam menggapai kecemerlangan peperiksaan yang bakal mereka hadapi pada bulan Oktober nanti serta peningkatan dalam peperiksaan percubaan yang akan diadakan disepangjang bulan Ogos nanti. Tahniah kepada semua penerima anugerah.  Moga kejayaan yang diperolehi akan menjadi aset kecemerlangan untuk ummah.

Tag: Kulliah Peperiksaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini