Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

PEMANTAUAN PERTANDINGAN 4 K SMAN

10 Julai 2017 ... Pekan ... Seramai 6 orang Panel Pertandingan 4 K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan & Kerohanian) yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Pahang telah berkunjung ke Kulliah bagi membuat penilaian terhadap elemen yang berkaitan. Pertandingan 4 K adalah merupakan pertandingan di antara sekolah-sekolah agama kerajaan Pahang anjuran Jabatan Agama Islam Pahang bagi memilih sekolah yang terbaik setiap kategori yang dipertandingankan. Pertandingan 4 K di kalangan 18 buah sekolah Agama Kerajaan Negeri Pahang ini telah bermula sejak dari tahun 2009 lagi. Setiap tahun, johan setiap kategori dan johan keseluruhan akan diumumkan di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang.

Tag: Pemantauan Pertandingan 4 K tahun 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini