Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

28 Februari 2017 ... Pekan ... Majlis penyampaian watikah Pengawas Pusat Sumber sekolah dan Pelancaran Program Mentor dan Mentee telah diadakan dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kulliah, Encik Mohammad bin Ab Rahman di Dewan SHAS. Seramai 20 orang pelajar lelaki dan 24 orang pelajar telah dipilih sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS). Dengan lantikan tersebut, tuan pengetua mengharapkan supaya semua pengawas dapat menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Beliau juga mengharapkan supaya semua pelajar menjadikan pusat sumber sebagai rumah ke dua untuk pembelajaran selain daripada kelas.

Pada masa yang sama, Majlis pelancaran Program Mentor dan Mentee peringkat Kulliah telah diadakan. Beliau juga mengharapkan agar program ini dapat mengeratkan hubungan pelajar dan guru serta dapat membina sahsiah keperibadian muslim yang unggul di kalangan pelajar Kulliah. 

Tag: Pusat Sumber Kulliah Mentor mentee

0 komen

Sila berikan komen anda di sini