Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MASISUPA KALI KE 33 TAHUN 2017 BERLANGSUNG PENUH MERIAH

18 Mac 2017 ... Pekan .... Hampir 2000 peserta dan pegawai dari 18 buah SMAN Negeri Pahang berkumpul di Kulliah Al-Lughah Waddin As-sultan Abu Bakar Pekan bagi menyertai Karnival Sukan dan Ilmiah Negeri Pahang yang dikenali sebagai MASISUPA kali ke 33. Pelabagai acara sukan dan ilmiah dipertandingkan pada MASISUPA kali ini.

MASISUPA kali 33 ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri Pahang, YB. Dato' Abu Bakar Bin Haji Harun. Turut Hadir pada Majlis Pembukaan juga ialah YB. Dato' Khairuddin Bin Mahmud, Adun Peramu Jaya, Dato Ghazali bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam  Pahang serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar bin Mad Saad.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Abu Bakar mengharapkan supaya penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan dan ilmiah ini membantu pelajar mendapat merit 10 % ke Universiti Awam pada masa akan datang. Beliau juga telah meluluskan peruntukan kepada Kulliah As-Sultan Abu Bakar sebagai tuan rumah sebanyak 10,000 Ringgit. Moga peruntukan tersebut dapat membantu tuan rumah melaksanakan program sukan kali ini dengan lebih lancar.

Tag: MASISUPA Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini