MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH MPP 2026
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH MPP 2026
Tarikh: 27 Februari 2026 (Jumaat)
Masa: 8.00 – 9.30 pagi
Tempat: Selepas perhimpunan pagi dan bacaan Yasin
Masa: 8.00 – 9.30 pagi
Tempat: Selepas perhimpunan pagi dan bacaan Yasin
Majlis Penyampaian Watikah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2026 telah berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna sebagai simbolik amanah serta tanggungjawab yang digalas oleh barisan kepimpinan pelajar baharu. Atur cara dimulakan dengan Ucapan Aluan Tuan Pengetua, diikuti ucapan daripada PPS Kuliah, Insp. Liana binti Hashim, yang memberikan kata-kata semangat serta peringatan tentang peranan kepimpinan yang berintegriti dan berdisiplin.
Majlis diteruskan dengan pengumuman dan penyampaian watikah pelantikan MPP, disusuli bacaan ikrar MPP sebagai tanda komitmen untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi. Program diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan dan simbol permulaan rasmi kepimpinan sesi 2026.
Semoga barisan MPP 2026 mampu menjadi contoh teladan, suara pelajar yang berwibawa serta pemacu kecemerlangan sekolah.
Kepimpinan Berintegriti, Amanah Dipikul Bersama.

0 komen