TAKLIMAT MUET
23 JANUARI 2018... Kuantan... Taklimat khas berkaitan Malaysian University English Test (MUET) telah diadakan di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Indera Mahkota, Kuantan. Taklimat telah disampaikan oleh Wakil Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Encik Abdul Rahim dari Kulliah telah hadir di dalam taklimat tersebut. Diantara perubahan yang berkaitan dengan MUET mulai 2018 ialah Peperiksaan MUET "On Demand" (MUET OD), iaitu peperiksaan MUET yang dilaksanakan dengan kadar segera, siap peperiksaan...
PROGRAM "KULLIAH DALAM KEBUN"
20 Januari 2018 ... Pekan... Pengetua Kulliah, Ustaz Muhammad bin Ab Rahman, melancarkan Program "Kulliah Dalam Kebun". Penanaman pokok-pokok buah-buahan dan kelapa sawit adalah tema baru bagi Kulliah. Pelbagai pokok buah-buahan seperti manggis, langsat dan dokung ditanam sekeliling Kulliah. Semoga akan datang para pelajar boleh menikmati buah-buahan di kulliah tanpa sebarang bayaran.
KULLIAH MEMPEROLEHI ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG STAM PERINGKAT KEBANGSAAN
19 Januari 2018 ... Putrajaya... Kulliah al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah dianugerahkan Sekolah Cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2017. Majlis penyerahan tersebut diadakan serentak dengan anugerah pelajar STAM peringkat Kebangsaan di Putrajay. Seramai 7 orang pelajar Kulliah memperolehi anugerah tersebut. Nugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dr Zainal Aalam Hasan.
7 ORANG PELAJAR STAM KULLIAH MENDAPAT ANUGERAH TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN
17 Januari 2018 ... Putrajaya... 7 orang calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017 telah dipilih sebagai penerima Anugerah Cemerlang STAM peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya. Pelajar Tersebut mendapat 10 Mumtaz bagi peperiksaan STAM. Pelajar tersebut ialah:
1. Marwa binti Azlan
2. Siti Nur Saodah binti Shamsul
3. Ahmad Basyar bin Saifuzzaman
4. Muhammad Aminuddin bin Othman
5. Zawanil Aqelah binti Zainal Abidin
6. Al-Irbad bin Zulhizam
7. Muhammad...
1. Marwa binti Azlan
2. Siti Nur Saodah binti Shamsul
3. Ahmad Basyar bin Saifuzzaman
4. Muhammad Aminuddin bin Othman
5. Zawanil Aqelah binti Zainal Abidin
6. Al-Irbad bin Zulhizam
7. Muhammad...