Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

TAKLIMAT MUET

23 JANUARI 2018... Kuantan... Taklimat khas berkaitan Malaysian University English Test (MUET) telah diadakan di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Indera Mahkota, Kuantan. Taklimat telah disampaikan oleh Wakil Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Encik Abdul Rahim dari Kulliah telah hadir di dalam taklimat tersebut. Diantara perubahan yang berkaitan dengan MUET mulai 2018 ialah Peperiksaan MUET "On Demand" (MUET OD), iaitu peperiksaan MUET yang dilaksanakan dengan kadar segera, siap peperiksaan dalam tempoh satu hari dan sijil akan dikeluarkan dengan segera. Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 250.00 seorang yang akan bermula pada April 2018. MUET merupakan syarat wajib kemasukan pelajar ke universiti awam di Malaysia.

Tag: Taklimat MUET

0 komen

Sila berikan komen anda di sini