MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE
28 Februari 2017 ... Pekan ... Majlis penyampaian watikah Pengawas Pusat Sumber sekolah dan Pelancaran Program Mentor dan Mentee telah diadakan dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kulliah, Encik Mohammad bin Ab Rahman di Dewan SHAS. Seramai 20 orang pelajar lelaki dan 24 orang pelajar telah dipilih sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS). Dengan lantikan tersebut, tuan pengetua mengharapkan supaya semua pengawas dapat menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Beliau...
TAKLIMAT PEMBANGUNAN KULLIAH KEPADA YB PENGURUSI JAWATANKUASA DAKWAH ISLAMIAH DAN TUGAS KHAS NEGERI PAHANG
27 Februari ... Pekan ... Satu Taklimat Khas Kepada Pengerusi Dakwah Islamiah & Tugas Khas Negeri Pahang YB Dato' Syed Ibrahim bin Syed Ahmad telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan. Taklimat berkaitan pembangunan Kulliah dan keperluan untuk penambahan infrastruktur disampaikan oleh Tuan Pengetua, Encik Mohammad bin Ab Rahman.
Turut hadir di dalam taklimat tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Yh. Dato' Haji Mohamad Noor bin...
Turut hadir di dalam taklimat tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Yh. Dato' Haji Mohamad Noor bin...
MASISUPA ZON 1 : KULLIAH BERJAYA MEMENANGI 9 EMAS
18 Februari 2017 ... Bukit Ibam ... Kontinjen Kulliah Al_lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Berjaya memungut 9 emas keseluruhan dalam kejohanan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Negeri Pahang yang berakhir pada 19 Februari 2019.
Majlis penutup MASISUPA Zon 1 telah dirasmikan oleh YB ADUN Bukit Ibam Dato' Wan Kadri bin Wan Mahusin dan dihadiri oleh semua pengetua zon 1 yang terlibat. Juara Bahagian Ilmiah dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Afzan dan johan Bahagian Sukan...
Majlis penutup MASISUPA Zon 1 telah dirasmikan oleh YB ADUN Bukit Ibam Dato' Wan Kadri bin Wan Mahusin dan dihadiri oleh semua pengetua zon 1 yang terlibat. Juara Bahagian Ilmiah dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Afzan dan johan Bahagian Sukan...
MASISUPA KEMBALI LAGI DENGAN KEHEBATAN KULLIAH SEBAGAI PASUKAN "UNDERDOG"
Pekan …. 17 Februari …. Kehangatan Majlis Sukan dan Ilmiah Negeri Pahang (MASISUPA) Zon 1 telah bermula mulai 16 -19 Februari 2017 di SMA Bukit Ibam. MASISUPA zon 1 melibatkan 5 buah sekolah iaitu SMA Bukit Ibam, SMA Rompin, SMA Al_Attas, Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar dan Sek Men Agama Majlis Ganchong.
Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar hanya menyertai acara sukan dan ilmiah Bahagian Menengah Lelaki Sahaja iaitu melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Apa yang...




