Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SMAN PAHANG TAHUN 2016/2017

17 Ogos 2017 .... Kuantan ... Kulliah dinobat sebagai Sekolah Terbaik STAM, Sekolah Khas Tahfiz dan Anugerah 4 K (Kerohanian) bagi tahun 2016. Majlis tersebut diadakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dan dirasmikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Dato' Syed Ibrahim bin Syed Ahmad selaku wakil rasmi Kepada YAB Menteri Besar Pahang.

Pelajar-pelajar cemerlang SMA, SPM, STAM dan MUET juga telah menerima anugerah dan pengiktirafan pada hari tersebut. Selain daripada itu, Guru-Guru terbaik matapelajaran SMA, SPM, STAM dan MUET turut menerima anugerah dan wang tunai. Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi meraikan para pelajar, guru dan sekolah yang cemerlang.

Tag: Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini