Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

MASISUPA KEMBALI LAGI DENGAN KEHEBATAN KULLIAH SEBAGAI PASUKAN "UNDERDOG"

Pekan …. 17 Februari …. Kehangatan Majlis Sukan dan Ilmiah Negeri Pahang (MASISUPA) Zon 1 telah bermula mulai 16 -19 Februari 2017 di SMA Bukit Ibam. MASISUPA zon 1 melibatkan 5 buah sekolah iaitu SMA Bukit Ibam, SMA Rompin, SMA Al_Attas, Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar dan Sek Men Agama Majlis Ganchong.

Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar hanya menyertai acara sukan dan ilmiah Bahagian Menengah Lelaki Sahaja iaitu melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Apa yang mengembirakan ialah peserta Kulliah telah berjaya menjadi Johan Acara Khutbah Lelaki yang diwakili oleh Muhammad Irfan Kamarudin. Manakala Muhammad Ajwad bin Shaiful Azlan juga menjadi johan acara Syarahan Bahasa Arab Lelaki.
 
Manakala Kulliah telah mendapat naib johan di dalam acara Kupasan Hadis dan Tafsir al-Quran yang diwakili oleh Amaruddin Mohamad dan Ayman Lutfi bin Ismail. Manakala bagi acara Debat lelaki, kulliah telah berjaya masuk ke separuh akhir setelah mengalahkan SMA Rompin. 

Manakala di dalam acara bola sepak menengah, Pasukan Kulliah telah tewas 2-5 di tangan SMA Rompin. Kekalahan pasukan bola sepak terubat jua, apabila Pasukan Bola Tampar Menengah Kulliah telah berjaya mara ke separuh akhir setelah menewaskan pasukan SMA Al-Attas Pekan.

Tag: MASISUPA Kulliah Johan SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini