Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

HARI GRADUASI KULLIAH 2016/2017 BERLANGSUNG PENUH GEMILANG

29 April 2017 .... Pekan .... Majlis Graduasi Kulliah bagi meraikan pencapaian pelajar dalam peperiksaan STAM, MUET, SMA & SPM tahun 2016 berlangsung dengan penuh gemilang. Seramai 1200 pelajar dan ibu bapa telah hadir ke majlis tersebut. Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan perhargaan kepada pelaja-pelajar yang telah berjaya di dalam peperiksaan sepanjang tahun 2016.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bebar. Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah KPP Bahagian Pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar bin Mad Saad, Pengetua Kulliah, Ustaz Mohammad bin Ab Rahman dan Pengerusi Alumni Kulliah, Dr Mohammad Hilmi bin Said.

Yb mengharapkan semua penerima akan dapat meneruskan pengajian di dalam bidang masing-masing supaya dapat menjulang nama Kulliah dipersada Negara. Beliau juga mengharapkan supaya Kulliah akan dapat terus maju dan dinaiktaraf ke peringkat yang lebih tinggi.

Nasrul Hadi bin Mohamad Nasir telah dipilih sebagai tokoh pelajar lelaki bagi tahun 2016. Manakala Nabilah huda binti Mohd Rosdi dipilih sebagai tokoh pelajar perempuan tahun 2016

Tag: graduasi Kulliah stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini