Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA PELAJAR SPM TAHUN 2026 MAAHAD TAHFIZ, MADRASAH DAN PONDOK NEGERI PAHANG

Program Transformasi Minda Pelajar SPM Tahun 2026 bagi Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang telah berlangsung pada 17 hingga 19 April 2026 bertempat di Kulliah Al-Lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar.

Program ini bertujuan memperkukuh persediaan pelajar menghadapi SPM melalui pengisian taklimat peperiksaan, motivasi diri, keseimbangan ilmu ukhrawi dan duniawi, serta aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan forum pendidikan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, dengan harapan program ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini