SEMINAR ADAB NUSUS STAM 2026
Bagi memperkukuhkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran STAM, Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah menganjurkan Seminar Adab Nusus pada 17 hingga 19 Jun 2026 di Dewan SHAS.
Program ini merupakan antara inisiatif berterusan pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar, hasil komitmen tinggi Tuan Pengetua bersama Guru Penolong Kanan Kurikulum yang sentiasa berusaha menyediakan program intervensi akademik berkualiti bagi menghadapi peperiksaan STAM....
