Kuliah Maghrib 2026
Majlis Kulliah Maghrib telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada hari Rabu, 15 April 2026 apabila disampaikan oleh Habib Zaid bin AbdulRahman BenYahya, yang mengupas secara mendalam tentang kepentingan menuntut ilmu yang bermanfaat serta kefahaman dalam ilmu feqah sebagai panduan kehidupan seharian.
Program ini turut dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah termasuk Pengetua Kulliah, Guru Penolong Kanan, para guru serta pelajar-pelajar yang memberikan komitmen tinggi sepanjang majlis berlangsung. Kehadiran tetamu kehormat, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, telah menyerikan lagi acara dan menambahkan lagi kemeriahan serta nilai signifikan program ini.
Diharapkan pengisian ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kulliah untuk terus mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

0 komen