PROGRAM GOTONG ROYONG SIRI 1 2026
Program Gotong-Royong Siri 1 Tahun 2026 telah dilaksanakan pada Selasa, 13 Januari 2026 bertempat di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar. Program ini melibatkan penyertaan guru-guru dan murid-murid sebagai usaha bersepadu dalam memastikan kebersihan, keceriaan serta keselamatan persekitaran sekolah sentiasa terpelihara. Pelaksanaan program ini bertujuan memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab dan disiplin dalam kalangan warga sekolah di samping menyokong pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

0 komen