Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

HAFLATUL WADA'

22 November 2017 ... Pekan ... Sebagai penutup tirai persekolahan sesi 2017, pihak sekolah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Majlis Haflatul Wida' sebagai mengenang jasa para guru serta meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang bagi tahun ini. Pelbagai karenah dan suka duka dilalui oleh pihak sekolah serta para pelajar bagi menamatkan pengajian mereka di sini. 

Majlis telah dirasmikan oleh wakil pengetua Kulliah, Ustaz Zaidi Ismail, merangkap GPK Kurikulum dan Pentadbiran Kulliah. Majlis juga diserikan dengan ucapan Ketua MPP, Guru Penolong Kanan HEP, Persembahan multimedia,persembahan Nasyid serta penyampaian hadiah dan cenderamata. Di dalam ucapan perasmian, Ustaz Zaidi meminta semua pelajar Kulliah menunjukkan teladan sebagai Muslim yang sentiasa mempraktikkan agama semasa berada di luar nanti. Ia juga sebagai lambang kepada institusi pendidikan Agama Negeri Pahang. semoga semua pelajar Kulliah menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat. Amin

Tag: Haflatul Wada' Kulliah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini