SEMINAR KECEMERLANGAN SPM SIRI 1/2026 PERKASA PERSIAPAN CALON SPM
Pada Sabtu, 23 Mei 2026, Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang telah menganjurkan Seminar Kecemerlangan SPM Siri 1/2026 sebagai inisiatif memperkukuh persediaan akademik calon-calon SPM.
Seminar ini memberi fokus kepada teknik menjawab soalan, pengukuhan kefahaman topik sukar serta strategi meningkatkan pencapaian peperiksaan, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (Writing) dan Bahasa Arab. Sesi telah disampaikan oleh Cik Norbaiti binti Bakari (SMK Seri Pekan)...
KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR LAKAR PENYERTAAN CEMERLANG DALAM PROGRAM FUN RUN & FUN RIDE PTP 188 / PDRM TANJUNG PUTRA 188
Pada 23 Mei 2026, seramai 65 orang pelajar Tingkatan 6 daripada Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang telah menyertai program Fun Run & Fun Ride PTP 188 / PDRM Tanjung Putra 188 yang berlangsung di Padang MBK 1, Kuantan dengan iringan 2 orang guru pengiring.
Program yang melibatkan seramai 1,400 peserta keseluruhan ini turut mencatat kejayaan membanggakan apabila 3 orang pelajar berjaya meraih kedudukan dalam kelompok Top 100 peserta terbaik.
Tahniah diucapkan kepada...
LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE KULLIAH 2026
Lawatan Penanda Aras Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar bagi tahun 2026 berlangsung dengan penuh bermakna dan suasana ukhuwah yang erat.
Majlis ini telah dihadiri oleh Pengetua Kulliah, barisan GPK, guru-guru, pegawai-pegawai serta tetamu kehormat, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.
Lawatan ini menjadi platform perkongsian idea, pengalaman serta amalan terbaik dalam memperkasakan pengurusan pendidikan Islam demi melahirkan generasi...
Majlis Penutup Kursus Motivasi Kepimpinan Pelajar 2026 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Sorotan Program: Kursus Motivasi Kepimpinan Pelajar 2026
Program ini telah berlangsung dengan penuh pengisian bermakna melalui sesi interaktif, perkongsian ilmu serta latihan kepimpinan yang melibatkan penyertaan aktif para pelajar. Berdasarkan suasana sepanjang program, jelas terpancar komitmen tinggi peserta dalam mengikuti setiap slot—daripada sesi dalam kelas hingga aktiviti berkumpulan yang mengasah kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan pemikiran kritis.
Pendekatan santai tetapi...




