PERSIAPAN MENYAMBUT TYT DUTA EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) KE KULLIAH
31 Januari 2018 ... Pekan ... Pihak Kulliah al-Lughah Waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang akan menerima kunjungan TYT Duta UAE pada 1 Januari 2018. Rombongan tersebut dijangka akan berada sampai ke Kulliah pada jam 9 pagi sehingga 1 tengahari. Pihak Kulliah telah melakukan persiapan dalam masa beberapa hari bagi memastikan program lawatan tersebut berjalan lancar. Lawatan ini juga merupakan lawatan kali ke 2 dari pihak Kedutaan UAE. Pada tahun 2015, TYT Duta Besar UAE sebelum ini telah...
PENDAFTARAN KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB (KIBA) 2018
28 Januari 2018 ... Pekan ... Seramai 93 orang pelajar lepasan STAM 2017 telah hadir ke taklimat KIBA bagi persiapan pelajar menyambung pelajaran mereka ke Universiti al-Azhar Mesir pada tahun ini. Pelajar-pelajar ini akan berkursus selama 3 bulan di Kulliah sebelum bertolak ke Mesir sebagai pendedahan kepada pelajar untuk menguasai Bahasa Arab . Bahagian Pendidikan JAIP, telah menguruskan kursus KIBA ini setiap tahun dan tenaga pengajar kursus ini terdiri daripada 3 orang guru Arab dan 2...
TEMU UJI KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 TAHFIZ BESTARI KULLIAH
27 Januari 2018 ... Pekan ... Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan temu uji pemilihan pelajar kle tingkatan 4 Tahfiz Bestari Kulliah pada pagi semalam. Seramai 18 orang pelajar telah hadir ke sesi temu uji tersebut. Pelajar diuji dengan peperiksaan bertulis dan lisan. Pelajar yang berjaya akan ditawarkan untuk memasuki tingkatan 4 Tahfiz Bestari di Kulliah bagi tahun 2018 ini.
MESYUARAT MASISUPA ZON 1
24 Januari 2018 .... Rompin ... Bahang Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama (MASISUPA) telah bermula di seluruh sekolah agama. Mesyuarat perancangan pelaksanaan MASISUPA bagi Zon 1 telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Rompin. Sek Men Agama Rompin akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut. Zon 1 terdiri daripada SMA Rompin, SMA Bukit Ibam, SMA al-Attas, Kulliah Sultan Abu Bakar, SMATAF dan SMA Ganchong. Semua peserta akan bertanding di dalam pertandingan sukan dan ilmiah. Pemenang...