Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Taklimat Penjaga Pelajar Baharu 2020

Bersempena dengan majlis pendaftaran pelajar baharu Kulliah Sultan Abu Bakar 2020, telah diadakan satu taklimat bersama penjaga pelajar-pelajar baharu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Kulliah Sultan Abu Bakar pada jam 11pagi sehingga 12tengahari. Taklimat ini diadakan sebagai tanda selamat datang dan mahabbah warga kulliah dengan penjaga pelajar – pelajar baharu ini. 

Taklimat dimulakan dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran, Al-fadhil Ustaz Ruzlan bin Abd. Rahman yang memberi pencerahan tentang peperiksaan STAM, disusuli wakil penjaga Al-fadhil Ustaz Mahmud bin Mohd.Yunus yang menzahirkan perasaan terima kasih kepada pengurusan kulliah. 

Seterusnya, sesi taklimat ibu bapa diserikan lagi dengan ucapan dan taklimat daripada Pengerusi Persatuan Alumni Kulliah Sultan Abu Bakar, Al-fadhil Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad yang telah menyampaikan promosi keahlian alumni kulliah dan dana bas yang merupakan projek yang sedang giat dijalankan oleh Persatuan Alumni Kulliah. Majlis taklimat diteruskan lagi dengan ucapan dan taklimat terakhir yang disampaikan oleh Pengetua Kulliah Sultan Abu Bakar, Al-fadhil Tuan Haji Lebai Idris bin Ali yang telah menyampaikan nasihat serta amanat penting dan berkesan kepada penjaga dan pelajar-pelajar baharu khususnya. Diharap segala amanat yang telah disampaikan oleh semua pihak dapat disemat oleh semua penjaga dan pelajar. 

Tag: Kulliah Pendaftaran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini