Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

KUNJUNGAN WAKIL KEDUTAAN UAE KE KULLIAH

Pada  12 Julai baru-baru ini, Kulliah Al-Lughah Waddin telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Kedutaan Emiriah Arab Bersatu.  Rombongan yang diketuai oleh Madam Nailofer Albastaki telah berada di Kulliah untuk mendengan taklimat berkaitan perkembangan kulliah, Pusat Bahasa Arab serta urusan berkaitan guru-guru arab  tajaan UAE.

Hadir bersama menyambut kunjungan hormat tersebut adalah YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang.  Manakala Pihak JAIP pula dihadiri oleh YH Dato’  Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha,  Pengarah JAIP serta YH Dato’  Haji Mohd Ghazali bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah JAIP serta pegawai –pegawai Bahagian Pendidikan JAIP.  Selain itu, turut serta dalam majlis kunjungan tersebut ialah pegawai-pegawai PKNP serta CEO TGA Solutions Sdn Bhd, Dato’ Haji Amiruddin bin Mohd Said. 

Tag: Kulliah UAE

0 komen

Sila berikan komen anda di sini