Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

PELAJAR KULLIAH JOHAN KITABATUL MAQAL MIISMAM 2019

ALF MABRUUK… percubaan kali kedua ternyata menatijahkan hasil yang membanggakan kepada Muhammad Fareez bin Abdul Halim, apabila terpilih sebagai johan pertandingan “kitabatul maqal” peringkat kebangsaan dalam kejohanan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) 2019.  Kejohanan yang diadakan di SMA MAIWP Kuala Lumpur itu, menyaksikan nukilah karya Muhammad Fareez berjaya menewaskan peserta untuk dinobatkan sebagai juara.  Sebagai persediaan untuk pertandingan tersebut, beliau dibimbing oleh Puan Ramiza binti Mohamed yang merupakan salah seorang warga pendidik di Kulliah ini.  

Selain Muhammad Fareez, pelajar Kulliah juga mewakili negeri Pahang ke kejohanan MIISMAM dalam acara Tilawah al-Quran, Syarahan Bahasa Inggeris, Kuiz Dini serta menjadi sebahagian daripada anggota pasukan Debat Bahasa Melayu dan juga nasyid. 

Tag: Kulliah miismam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini