Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2019"

Papar Artikel

Perhimpunan Rasmi Isnin 14 Januari 2019

     Pada perhimpunan rasmi Isnin 14 Januari 2019, Ucapan telah disampaikan oleh Guru Bertugas- Ustazah Aisyah, Guru PETKA - Cikgu Noraza, dan Setiausaha Kokurikulum - Ustaz Khairun Nas. Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah dan PSS yang dijadualkan hari ini ditangguhkan kerana Pengetua SMAM terlibat dalam mesyuarat.
    Guru bertugas untuk minggu 14 - 18 Januari ialah:
    1. Ustazah Aisyah
    2. Ustaz Farek.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Persediaan Untuk MASISUPA 2019 SMAM

    Persiapan sedang giat dijalankan untuk menyediakan prasarana bagi latihan MASISUPA 2019. Pada Sabtu 12 Januari 2019, SU Sukan dengan dibantu oleh beberapa pelajar SMAM telah menyiapkan garisan gelanggang Takraw yang berdekatan dengan ASPURA untuk latihan menghadapi MASISUPA Zon 2. Semoga SMAM akan berjaya dengan cemerlang dalam MASISUPA 2019 nanti. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Meriahnya Hari Jumaat 11 Januari 2019

    Bermula pada pukul 12.00 tengahari Jumaat 11 Januari 2019, suasana di SMAM menjadi cukup meriah dengan keriuhan suara-suara pelajar-pelajar yang bergerak menuju ke kenderaan ibu bapa masing-masing untuk balik kampung. Suasana amat ceria dengan senyuman di wajah masing-masing yang akan balik kampung buat kali pertama selepas hampir 2 minggu tinggal di asrama. Wajah ibu bapa juga jelas nampak riang dengan senyuman dan ketawa mungkin kerana selepas hampir 2 minggu, terubatlah rindu...

Tag: SMAM 2019