Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2019"

Papar Artikel

taklimat hem: Kesalahan sederhana berat

   Taklimat ringkas HEM telah diberikan oleh GPK HEM, Ustazah Azifah mengenai kesalahan-kesalahan sederhana berat mengikut senarai dalam buku peraturan sekolah. Beliau mengingatkan pelajar-pelajar supaya tidak melakukan kesalahan yang telah disenaraikan dan menyatakan bahawa tindakan tegas akan diambil jika berlaku perlanggaran disiplin selepas ini.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

SELAMAT BERSARA CIKGU MUSTAPARUDIN PENGETUA SMA AL-IHSAN

   Warga SMAM mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Haji Mustaparudin Bin Osman yang merupakan pengetua SMA Al-Ihsan. Beliau telah diraikan dalam satu majlis yang meriah di Dewan SMA Al-Ihsan. SMAM telah diwakili oleh beberapa wakil antaranya Ustaz Shamsuri (Pengetua), Ustaz Khairun Nas, Encik Kadri dan Encik Nizam. Semoga Cikgu Mustapa akan berpencen dalam keadaan sihat dan gembira. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019