Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Re-Union Bekas Pelajar SMAM Sesi 1988-1993

    Alhamdulillah, pada hari Sabtu bersamaan 29 Julai 2017, satu perjumpaan semula bekas pelajar SMAM dari sesi 1988-1993 telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Seramai 25 bekas pelajar telah hadir ke perjumpaan ini. Kesempatan ini juga dimanfaatkan dengan mengadakan jamuan raya secara "potluck" sesama mereka. Perjumpaan ini telah diselaraskan oleh saudari Fauziah Binti Ibrahim iaitu wakil pelajar SMAM sesi 1988-1993. Sumbangan derma kepada sekolah juga telah disampaikan diakhir majlis ini. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMAM sesi 1988-1993 dan terimakasih atas sumbangan yang diberikan.

Tag: reunion SMAM 1988-1993 derma

0 komen

Sila berikan komen anda di sini