Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN EXCO ASRAMA 2018

    Alhamdulillah, majlis pemyampaian watikah perlantikan exco asrama sesi 2018 telah berjaya dilaksanakan pada hari Ahad 7 Januari 2018 di Dewan Tun Abd Razak SMAM bersempena dengan penutupan program orientasi asrama untuk pelajar tingkatan 1 2018. Watikah telah disampaikan oleh Tuan Pengetua dengan diiringi oleh GPK HEM ustaz Mohd Ridho. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah dilantik sebagai exco asrama 2018. Semoga anda semua akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan menjadikan ASPURA dan ASPURI SMAM berada dalam keadaan yang bersih, ceria, kondusif dan selamat untuk memastikan kegemilangan SMAM dalam semua aspek. Tahniah juga kepada semua warden yang telah berjaya melaksanakan majlis ini. Tahniah.

Tag: SMA watikah exco asrama 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini