Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2019"

Papar Artikel

Makluman Kelas Intervensi 2019

    Pada hari ini Jumaat 11 Januari 2019, guru PETKA Cikgu Noraza telah mengedarkan surat makluman tentang kelas Intervensi yang akan dijalankan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk diserahkan kepada ibu bapa masing2 sempena minggu balik kampung pertama sesi 2019. 
   Kelas Intervensi ini akan melibatkan 3 subjek iaitu Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Jadual kelas intervensi ini juga turut diedarkan. Kelas akan...

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Edaran Jadual Balik Kampung Semester 1 Sesi 2019

    Jadual balik kampung untuk semester 1 sesi 2019 telah diedarkan kepada semua pelajar asrama dari kelas ke kelas oleh Ketua Warden SMAM, Ustaz Syarafi. Adalah diharapkan pelajar-pelajar dan ibubapa dapat mematuhi jadual ini untuk kebaikkan semua pihak. InsyaALLAH.

# Jadual dan Surat Makluman Jadual Boleh di Muat Turun di Ikon Muat Turun. Tq

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perhimpunan Jumaat 11 Januari 2019

    Dalam perhimpunan pagi Jumaat 11 Januari 2019, bacaan Al-Quran berjemaah dilaksanakan dengan dipimpin oleh pengawas bertugas saudara Afiq dan Saudara Yusman. Selesai bacaan Al-Quran, Ketua Warden SMAM, Ustaz Syarafi memberikan ucapan berkenaan balik kampung dan ditutup dengan ucapan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. 

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perhimpunan Pagi 10 Januari 2019

   Perhimpunan pagi Khamis 10 Januari menyaksikan perlaksanaan program bacaan Al-Quran berjemaah dan bacaan Hiwar dwibahasa (Thobur Sobahi). Program ini akan menjadi rutin di semua perhimpunan pagi hari Selasa hingga Khamis. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019