Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Maran

   Pada 27 November 2017, telah diadakan satu pertandingan tilawah Al-Quran Daerah Maran 2017 di Masjid Kg Luit dibawah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Maran. Pertandingan ini turut disertai oleh 2 pelajar SMAM iaitu MUHAMMAD NURAMIRUL FIRDAUS BIN AZMAN dan MOHAMAD NURAKMAL HARITH BIN AZMAN serta 3 orang bekas pelajar SMAM iaitu Nuriman Farith Bin Azman, Nur Syakifah Bt Azman dan Aminurrasyid. Dalam pertandingan ini salah seorang bekas pelajar SMAM iaitu saudara Aminurrasyid telah berjaya menggondol tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semua yang menyertai pertandingan ini.

Tag: SMAM tilawah 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini