Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "koku"

Papar Artikel

Perjumpaan Kokurikulum 7 Mac 2018

      Perjumpaan kokurikulum kali ini Rabu 7 Mac 2018 adalah melibatkan bidang sukan dan permainan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh persatuan-persatuan sukan antaranya seperti mesyuarat perlaksanaan liga, aktiviti pengukuhan kerjasama, latihan stamina dan latihan kemahiran khusus mengikut jenis sukan. Aktiviti bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat.

Tag: koku 2018

Papar Artikel

Perjumpaan Kokurikulum 28 Februari 2018

    Sebagaimana yang dijadualkan, perjumpaan Kokurikulum pada petang Rabu 28 Februari 2018 dijalankan bermula dari pukul 3.30 - 4.30 petang. Untuk kali ini perjumpaan adalah untuk kelab dan persatuan. Aktiviti kokurikulum ini dipantau dan diselia oleh semua guru penasihat persatuan-persatuan yang ada di SMAM.


Tag: koku 2018

Papar Artikel

Koku Rabu 24 Januari 2018

    Pada hari Rabu 24 Januari 2018, bermula dari pukul 3.30 ptg hingga 4.30 ptg, telah diadakan perjumpaan kokurikulum untuk sukan dan permainan. Oleh kerana hujan yang lebat, maka aktiviti hanya dilakukan dalam kelas dan dewan dimana pelajar-pelajar telah didedahkan dengan teori yang terlibat dalam sukan permainan masing-masing.

Tag: koku 2018

Papar Artikel

Perjumpaan KoKu 17 Januari 2018

   Perjumpaan KoKurikulum untuk hari Rabu 17 Januari 2018 adalah untuk menjalankan aktiviti kelab persatuan. Semua perjumpaan diadakan pada pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang ditempat-tempat yang telah ditetapkan. Kehadiran adalah wajib dan semua pelajar wajib mengambil tandatangan guru penasihat untuk membuktikan kehadiran dalam buku kourikulum. 

Tag: koku 2018