Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2019"

Papar Artikel

Ceramah Kesihatan Gigi

    Satu ceramah kesihatan gigi telah disampaikan oleh Doktor farah Nini dari Klinik Kesihatan Maran pada hari Isnin 7 januari 2019. Ceramah ini bermula selesai sahaja perhimpunan pagi iaitu dari jam 8.10 pagi hingga 9.10 pagi. Semua pelajar terlibat dalam ceramah ini. Selepas ceramah berakhir, peperiksaan gigi telah diadakan di Klinik Kita SMAM bermula dengan pelajar-pelajar tingkatan 3A. Semoga kesihatan gigi pelajar-pelajar berada pada keadaan terbaik. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Perhimpunan Isnin Pertama sesi 2019

    Perhimpunan rasmi pertama hari Isnin jatuh pada hari ini 7 Januari 2019. Dalam perhimpuan ini ucapan dan pesanan telah disampaikan oleh guru bertugas, guru koperasi, guru disiplin, GPK Koku, GPK HEM dan Pengetua SMAM. Perhimpunan bermula dari pukul 7.40 pagi hingga 8.10 pagi.
   Guru bertugas bagi minggu ini ialah:

1. Ustaz Mohd Ridho
2. Ustazah Syarkiah

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Syarat Tawaran Kemasukkan Ke Asrama SMAM

    Bermula dari 2018, semua pelajar yang mahu tinggal di asrama SMAM diwajibkan lulus 50% pada peperiksaan akhir tahun atau lulus SMA. Mana-mana pelajar yang gagal mencapai ketetapan tersebut dibenarkan membuat rayuan dengan syarat menghafal surah-surah yang dinyatakan di atas sebagai syarat kelulusan.

Tag: SMAM 2019