Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "motivasi"

Papar Artikel

Solat Hajat Perdana dan Motivasi Diri

   Satu majlis Solat Hajat Perdana SMAM telah diadakan di dewan Tun Abd Razak yang menggabungkan semua warga SMAM dan ibubapa pelajar tingkatan 3,4 dan 5. Program ini adalah bertujuan untuk memohon kehadrat ALLAH agar semua pelajar-pelajar SMAM 2017 cemerlang dalam peperiksaan PT3, SMA dan SPM. Majlis bermula seawal 7.00 petang dan berakhir pada pukul 8.40 Malam. Seterusnya pelajar-pelajar telah mengikuti sesi motivasi dengan motivator jemputan dari SMK Kerdau. Majlis berakhir pada...

Tag: Solat hajat perdana motivasi pt3 SMA spm

Papar Artikel

PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 3, 4 DAN 5 SMAM

      Alhamdulillah, satu program motivasi untuk pelajar PT3, SMA dan SPM telah berjaya dijalankan pada 24 Ogos 2017 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar tingkatan 3 - 5 yang akan menghadapi peperiksaan awam PT3, SMA dan SPM tidak lama lagi. Program ini bermula seawal pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Tahniah dan terimakasih kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Tag: motivasi SMAM 2017

Papar Artikel

Kem Motivasi Solat

  Alhamdulillah. 5 orang imam muda dari SMAM telah berjaya menjalankan Kem Motivasi Solat yang disertai oleh 17 orang pelajar dari SMK Jengka 12. Program ini merupakan kerjasama diantara SMK Jengka 12 dan SMAM. Pelajar-pelajar SMAM ini telah diiringi oleh Ustaz Syarafi dan Cikgu Abdullah B Ismail. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Tag: kem motivasi solat SMAM jengka 12