Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Perhimpunan Pertama Bulan November 2018

    Perhimpunan pertama bulan November jatuh pada hari Khamis 1 November 2018. Perhimpuanan pagi ini seperti biasa diadakan di Tapak Perhimpunan bersebelahan dengan Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Dalam perhimpunan ini Ustaz Syarafi telah memaklumkan tentang satu program peningkatan Bahasa Arab Untuk Pelajar-pelajar tingkatan 1 yang akan diadakan di SMAM di bawah Pusat Bahasa Arab Pekan. Semua pelajar tingkatan 1 akan mengikuti progam ini yang akan bermula pada 9 November 2018. Oleh kerana semua pelajar tingkatan 1 akan diminta untuk tinggal di asrama sepanjang program tersebut, pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3 telah diberi tambahan cuti selepas cuti deepavali untuk menyediakan ruang asrama bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 ini. Oleh pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3 akan bercuti dari 3 November hingga 11 November 2018.

Tag: SMAM 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini