Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Selamat Berjuang Warga SMAM yang Mewakili Zon 2!!!!

    Alhamdulillah, bas yang membawa warga SMAM yang mewakili pelbagai acara untuk ZON 2 telah selamat bertolak ke SMA Padang Tengku dan telah pun selamat sampai ke sana. Bas telah bertolak dari SMAM pada pukul 9.30 pagi dan selamat sampai ke tempat tujuan pada pukul 12.48 tengahari. Semua Warga SMAM mengucapkan selamat berjuang kepada wakil-wakil dari SMAM khasnya dan wakil-wakil dari Zon 2 amnya. Diharapkan MASISUPA Pusat 2018 di SMA Padang Tengku ini akan menjanjikan kejayaan yang cemerlang samada dari segi Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek kepada semua yang terlibat. InsyaALLAH.

Tag: MASISUPA 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini