Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2018

    Alhamdulillah satu majlis penyampaian watikah lantikan pengawas sekolah untuk sesi 2018 telah berjaya dijalankan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Khamis 25 Januari 2018. Majlis ini telah dirasmikan oleh Inspektor Nor Hafiz Bin Mohd Nor iaitu Pegawai Perhubungan Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Maran. Dalam majlis ini kesemua pengawas sekolah yang dilantik telah diberikan sijil perlantikan dan saudara Mohd Amirul Asyraaf Bin Muhammad Shahrul Nizam selaku Ketua Pengawas 2018 telah mengetuai bacaan ikrar pengawas. Adalah diharapkan kesemua pengawas sekolah sesi 2018 akan menjalankan tugas dengan cemerlang dan gemilang untuk memastikan kecemerlangan SMA Maran. Tahniah.

Tag: watikah pengawas

0 komen

Sila berikan komen anda di sini