Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Sambutan Hari Guru SMAM 2018

   Alhamdulillah, sambutan hari guru SMAM telah berjaya dilangsungkan pada hari Rabu 16 Mei 2018. Sambutan telah diselenggarakan oleh Badan Pengawas dan dibantu oleh guru-guru badan pengawas. Sambutan yang meriah ini adalah untuk meraikan para guru-guru SMAM. Tema berpakaian yang ditetapkan ialah pakaian tradisional melayu. Tahniah kepada semua yang terlibat.

    Nota: Jika ingin melihat atau mendownload gambar-gambar hari guru 2018, sila ke GALERI, klik FOTO dan buka folder HARI GURU 2018 PART 1 dan HARI GURU 2018 PART 2. Terimakasih

Tag: hari guru 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini