Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "dewan"

Papar Artikel

Orientasi Sekolah Tingkatan 1 2018

  Orientasi sekolah untuk tingkatan 1 telah berjaya dijalankan pada hari Rabu 3 Januari 2018 yang bertempat di Dewan Tun Abd Razak. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara penting seperti pengurusan asrama, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal pelajar, disiplin dan SPBT. Program diakhiri dengan sesi membawa pelajar-pelajar melawat keseluruh kawasan sekolah untuk memperkenalkan keseluruhan sekolah kepada pelajar-pelajar baru ini.

Tag: Orientasi SMAM dewan 2018

Papar Artikel

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018

     Alhamdulillah, sesi persekolahan sesi 2018 telah bermula dalam keadaan yang baik. hari pertama persekolahan di SMAM telah dimulakan dengan acara perhimpunan pagi di Dewan Tun Abd Razak SMAM seawal jam 7.30 pagi. Selepas nyanyian lagu-lagu rasmi, guru bertugas Cikgu Abdullah B Ismail telah menyampaikan amanat beliau diikuti oleh amanat dari GPK Koku, GPK HEM , GPK Pentadbiran dan diakhiri oleh ucapan Tuan Pengetua. Selamat memulakan sesi persekolahan 2018 dan semoga 2018...

Tag: hari1 SMAM dewan perhimpunan

Papar Artikel

Majlis Forum: Cintai Ilmu Cemerlang Hidup

    Satu majlis forum bertajuk cintai ilmu cemerlang hidup telah diadakan di Dewan Tuan Abd Razak SMAM pada 5 Oktober 2017. Majlis melibatkan tiga tokoh ilmuan iaitu Bro Saiful, Ustaz Idris Derus dan Ustaz Hanif bin Mohamed. Majlis ini telah dihadiri oleh semua warga SMAM. Majlis ini sebenarnya bertujuan untuk memberikan motivasi kepada semua pelajar untuk tekun dalam menuntut ilmu dengan mengupas kepentingan, kaedah belajar dan tips tips untuk cemerlang berdasarkan konsep Islam....

Tag: dewan forum cintai ilmu cemerlang hidup 2017