Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Pemantauan Dan Pencerapan JAIP ke SMA Maran

  Alhamdulillah, pada hari Rabu bersamaan 7 Februari 2018, SMAM telah menerima kunjungan dari pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan JAIP yang diketuai oleh Tuan KPP sendiri iaitu Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad, AMP. Kunjungan ini adalah untuk memantau dan mencerap pengurusan sekolah, sistem spsma,buku rekod perkhidmatan, buku rancangan mengajar, proses pengajaran dan pembelajaran, infrastruktur sekolah dan lain-lain. Beberapa orang guru telah dicerap sesi P&Pnya. Semoga kunjungan ini akan menyuntik semangat baru di kalangan warga SMAM untuk memperbaiki sebarang kekurangan demi untuk memajukan pendidikan agama di Maran khasnya dan di Pahang amnya. InsyaALLAH.

Tag: pemantauan JAIP 2018

1 komen

hamba Allah

2018-02-09 03:35:32 UTC

Tahniah. Moga SMA MAran terus maju jaya

Sila berikan komen anda di sini