Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Orientasi Tg 1 Asrama SMAM 2019: Majlis Perasmian Penutupan

    Alhamdulillah, majlis perasmian penutupan program orientasi pelajar tingkatan 1 asrama yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari Jumaat 18 Januari 2019 dan akhirnya berakhir pada hari ini 20 Januari 2019, telah berjaya disempurnakan oleh Ketua Warden SMAM, Ustaz Syarafi Bin Yaakob. Majlis bermula selepas selesai taklimat disiplin yang diberikan oleh ketua exco, saudara Amiruddin. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga ianya memberikan panduan dan motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 SMAM 2019 untuk tabah menghadapi kehidupan sebagai pelajar di asrama dan SMAM. Semoga semuanya berjaya. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini