Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Mesyuarat Pemantapan Bahasa Arab

      Mesyuarat kedua untuk merangka program pemantapan Bahasa Arab SMAM telah berlangsung pada hari Selasa 23 Oktober 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat SMAM. Mesyuarat bermula pada pukul 3.00 petang dan dipengerusikan oleh GPK Pentadbiran, Ustaz Shamsuddin Bin Ali. Ianya dihadiri oleh 10 orang ustaz dan ustazah yang terlibat dengan pengajaran Bahasa Arab iaitu Ustaz Azrul, Ustaz Rahimi, Ustaz Farek, Ustaz Zakwan, Ustaz Redho, Ustaz Syarafi, Ustaz Khairun Nas, Ustazah Ummu, Ustazah Azifah dan Ustazah Syarkiah. Program pemantapan Bahasa Arab ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dikalangan pelajar-pelajar SMAM. Program ini akan diselaraskan oleh Ustaz Farek. Semoga program yang dirancang ini akan dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar SMAM. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini