Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Rohani Jumaat 9 Mac 2018

        Untuk kali ini, Jumaat 9 Mac 2018, Bacaan Surah Fatir dan As-Sajjadah telah dipimpin oleh Saudara Hasnur dan Saudara Afiq yang merupakan pengawas bertugas untuk perhimpunan hari Jumaat. Pelajar-pelajar duduk dalam barisan dan melantunkan bacaan Al-Quran secara berjemaah. Selesai bacaan Al-Quran, semua pelajar berdoa dengan diketuai oleh saudara Hasnur. Diharapkan program yang akan dijalankan secara berterusan ini akan membina keperibadian yang baik di kalangan pelajar-pelajar SMAM. 

Tag: rohani jumaat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini