Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Peringatan kepada semua pelajar

PERINGATAN PERATURAN AM SEKOLAH

Assalamualaikum wrt wbh..

Bagi pelajar SMAM yang akan kembali semula ke sekolah pada minggu hadapan, pelajar adalah DIINGATKAN supaya sentiasa mematuhi peraturan am sekolah yang telah ditetapkan seperti berikut :

KEKEMASAN DIRI:

 1.Pelajar lelaki hendaklah berambut pendek dan kemas 

2. Pelajar tidak berkuku panjang

3. Berpakaian uniform sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

 

ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR LELAKI: 

1.Baju kemeja putih (lengan pendek)

2. Seluar slack (hijau muda)

3. Memakai lencana sekolah

4. Bersongkok

5. Bertali leher

6. Tali pinggang (kanvas hijau)

7. Berstokin hitam dengan ukuran panjang 2 inci melebihi paras buku lali

8. Berkasut hitam (kanvas/kain)

ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN: 

 1. Baju kurung putih (lengan cekak)

2. Tudung labuh

3. Kain hijau (sekolah agama)

3. Memakai lencana sekolah

4. Berstokin hitam panjang

5. Barkasut hitam (kanvas/kain)

 

BARANG LARANGAN:

1. Pelajar tidak dibenarkan membawa peralatan elektronik@elektrik seperti telefon bimbit, pengecas, seterika, dan sebagainya.

2. Pelajar tidak dibenarkan membawa barang kemas seperti rantai, peralatan tajam dan berbahaya seperti pisau, pemutar skru dan sebagainya.

ANTARA KATEGORI KESALAHAN BERAT:

 1. Membawa Telefon Bimbit 

2. Merokok @ vape

3. Membuli

4. Memeras Ugut

5. Mencuri

6. Bergaduh

7. Ponteng Sekolah

8. Ponteng Kelas

9. Melawan Guru @ Warden

 ANTARA KATEGORI KESALAHAN SEDERHANA:

 1. Berambut panjang @ rambut berfesyen keterlaluan

2. Berkuku Panjang

3. Memakai Barangan Perhiasan

4. Datang Lewat Ke Sekolah

5. Datang Lewat Ke Perhimpunan

6. Nakal

 Mana-mana pelajar yang melanggar peraturan sekolah tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya.

 Adalah diharapkan dengan peringatan sebegini sedikit sebanyak dapat mengingatkan pelajar agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah seterusnya menjadi pelajar yang berdisiplin, berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. 

 Sekian, terima kasih.

 "Disiplin Asas Kejayaan"

 

PENGETUA

SMA  Maran







Tag: SMAM COVID-19 2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini