Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2021"

Papar Artikel

SOP waktu rehat pelajar

    SOP waktu rehat pelajar diteruskan untuk mengelakkan penyebaran COVID-19. Mengikut SOP ini pelajar akan menempah makanan menggunakan borang yang disediakan. Wakil pelajar akan mengambil makanan di kantin pada waktu rehat dan dimakan dimeja masing-masing untuk memastikan ada penjarakkan. Tahniah kepada semua pelajar yang taat mematuhi SOP ini. Semoga kita selamat dari COVID-19. InsyaALLAH

Tag: SMAM 2021 2022 COVID-19

Papar Artikel

Alhamdulillah..hari pertama persekolahan penggal terakhir 2021 berjalan dengan lancar

    Alhamdulillah, hari pertama persekolahan bagi penggal terakhir sesi 2021 berjalan dengan lancar pada Isnin 10 Januari 2022. Diharapkan penggal terakhir ini akan berjalan dengan lancar kerana pada penggal ini akan ada 2 peperiksaan awam iaitu Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar -pelajar tingkatan 1 hingga 3 pula akan menghadapi Peperiksaan Akhir tahun. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Tag: SMAM 2021 2022 COVID-19

Papar Artikel

Gotong royong membersihkan rumah cikgu haziq yang dilanda banjir

          Satu gotong royong diadakan untuk membersihkan rumah Cikgu Haziq di Kuantan yang telah dilanda banjir baru-baru ini. Gotong royong diadakan pada hari Selasa 21 Disember 2021 oleh satu pasukan dari SMAM yang diketuai oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin. Tahniah dan semoga dipermudahkan segala urusan Cikgu Haziq. InsyaALLAH

Tag: SMAM COVID-19 2021