Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "rohani"

Papar Artikel

Kerohanian Jumaat 9 Februari 2018

    Sebagaimana biasa, Jumaat 9 Februari 2018 menyaksikan perlaksanaan program kerohanian di perhimpunan pagi Jumaat. Selepas selesai perbarisan, pelajar-pelajar duduk dalam barisan dan membaca Al-Quran secara berjemaah dengan dipimpin oleh pengawas yang bertugas. Semoga amalan membaca Al-Quran ini diterima oleh ALLAH dan menjadikan warga SMAM lebih berjaya di dunia dan terutamanya di akhirat. Aamiiiin.

Tag: rohani 2018

Papar Artikel

Kerohanian Di Hari Jumaat 19 Januari 2018

   Pada hari Jumaat 19 Januari bacaan Surah Luqman dan As-sajjadah telah diadakan di perhimpunan pagi di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Bacaan telah diketuai oleh Saudara Mustafa Waliuddin dan Saudara Yusman. Selesai bacaan, Tuan Pengetua telah berucap dan membuat ketetapan bahawa pada setiap hari balik kampung akan diadakan solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Dhuha bermula pada minngu balik kampung minggu depan.

Tag: rohani 2018