Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "tahsin"

Papar Artikel

Bengkel Tahsin Al-Quran 2018 Zon 2

   Alhamdulillah, Bengkela Tahsin Al-Quran Zon 2 yang telah dirancang telah berjaya dilaksanakan bermula pada petang Jumaat 20 April 2018. Program bermula dengan pendaftaran peserta yang diadakan di perkarangan Dewan Tun Abd Razak SMAM yang bermula dari pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Sebanyak 5 buah sekolah menyertainya iaitu SMA Maran, Maahad SAS, SMA Al-Ihsan, SAR Ulu Cheka dan SMA Pulau Tawar. Seramai 165 orang peserta menyertai program ini. Semoga ianya...

Tag: tahsin 2018

Papar Artikel

Persediaan Untuk Bengkel Tahsin 2018

    Alhamdulillah bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari Jumaat 20 April 2018, satu gotong royong ringkas telah diadakan untuk membuat persiapan bagi perjalanan program tahsin yang akan diadakan bermula dari petang Jumaat 20 April 2018 hingga Ahad 22 April 2018. Semoga program ini akan berjalan dengan baik. InsyaALLAH.

Tag: tahsin 2018

Papar Artikel

Mesyuarat Perlaksanaan Bengkel Tahsin Al-Quran 2018

        Satu mesyuarat ringkas untuk perlaksanaan Bengkel Tahsin Al-Quran telah diadakan di bilik mesyuarat SMAM yang telah dihadiri oleh semua guru bermula dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang Isnin 16 April 2018. Bengkel ini akan diadakan pada Jumaat 20 April 2018 dan akan berakhir pada hari Ahad 22 April 2018. Mesyuarat ringkas ini adalah untuk memaklumkan gerak kerja yang akan diambil oleh ajik-ajk yang terlibat.

Tag: tahsin 2018

Papar Artikel

Bengkel Pemantapan Kaedah Penulisan Rasam Uthmani

   Bengkel ini diadakan pada hari Selasa 11 April 2018 di Al-Kuliyyah untuk persedian program tahsin Al-Quran yang akan diadakan pada hujung bulan April ini. Bengkel ini turut dihadiri oleh wakil dari SMAM iaitu Ustazah Salmiah, Ustazah Norasikin, Ustazah Norhayati, Ustaz Khairun Nas dan Ustaz Rahimi. Semoga program ini memberikan ilmu yang boleh diperturunkan kepada pelajar-pelajar yang akan mengikuti program tahsin nanti.

Tag: tahsin 2018