Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Program Mesra Masjid Peringkat Negeri Pahang 2018: Pertandingan Azan

    Alhamdulillah, SMAM telah menghantar wakil ke pertandingan Azan pada Program Mesra Masjid Peringkat Negeri Pahang 2018 yang diadakan pada malam 28 November 2018 bertempat di Kompleks Rakan Muda Maran. Wakil SMAM ini iaitu saudara AHMAD SHAHNUR HAFIZ BIN AHMAD TARMIZI telah menjadi wakil Daerah Maran ke pertandingan tersebut. Majlis bermula dari pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Tahniah kepada semua peserta terutamanya saudara Shahnur yang sanggup datang dari jauh untuk menyertai pertandingan ini yang juga diadakan semasa cuti akhir tahun persekolahan. Juga tahniah kepada Ustaz Azrul yang menjadi pengurus dalam pertandingan ini. Semoga mendapat kejayaan dan rahmat dari ALLAH hendaknya. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini