Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Majlis Titisan Ilmu PT3 2018

    Majlis Titisan Ilmu telah diadakan pada hari Jumaat 28 September 2018 di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada pukul 11.00 - 12.00 tengahari. Program penyerahan ilmu ini adalah simbolik penghalalan ilmu dari guru-guru kepada calon-calon PT3 yang akan mula mengambil peperiksaan bertulis PT3 pada hari Isnin 1 Oktober 2018. Seramai 74 orang calon akan menduduki peperiksaan ini. Dalam majlis ini, guru-guru telah memberikan amanat terakhir mereka kepada calon-calon dan juga dibuat penyerahan cenderahati kepada setiap calon berupa alat tulis. Semoga kejayaan akan menyebelahi mereka. InsyaALLAH.

# untuk melihat atau download lebih banyak foto program boleh pergi ke galeri - foto - solat hajat perdana, penyerahan keputusan percubaan sma dan spm, perjumpaan guru ibubapa 2018

Tag: SMAM 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini