Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Taklimat Khas Kaedah Perlaksanaan ISO 9001:2015 SMAM 2018

    Alhamdulillah, pada petang Khamis 24 Mei 2018 bermula dari pukul 2.45 petang hingga 4.30 petang, telah diadakan satu taklimat khas ISO kepada semua warga kerja SMAM yang disampaikan oleh tetamu khas iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail iaitu pengetua SMA Al-Khairiah yang juga merupakan orang kuat ISO JAIP. Turut sama hadir ialah KPP Pendidikan JAIP Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad. taklimat yang diberikan akhirnya memberikan kefahaman yang lebih jelas mengenai kaedah dan cara perlaksanaan ISO di peringkat sekolah. Alhamdulillah. Diucapkan terimakasih kepada kedua tetamu istimewa ini yang sanggup bersusah payah datang ke SMAM untuk sesi perkongsian ilmu ini. Tahniah dan terimakasih sekali lagi dari warga kerja SMAM.

Tag: ISO 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini